Wednesday 7 September 2011

Episod 2 Lawak Mastika Julai 2008

Sambungan tuk Lawak Julai 2008.. :D


SEDEKAH 


Pagi itu Aloya sampai ke pejabat dengan muka yang manis. Sampai tengah hari, senyum saja.

"Aku gembira sebab pagi ni aku dapat bersedekah pada orang miskin." Kata Aloya apabila ditanya oleh kawan-kawannya kenapa dia senyum tak sudah.


"Banyak ke kau sedekah?" Soal kawan Aloya.
"RM50 je.."
"Wah, banyak tu.." Suami kau tak marah ke?"
"Tak. Dia cakap, "Terima kasih sayang, I love you!"" balas Aloya..




INSURAN


Seorang doktor yang sedang bercuti di Pulau Redang, terkejut apabila tiba2 dia terserempak dengan kawan lamanya, seorang peguam. "Woi, Mat, apa engkau buat kat sini?" tanya doktor sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.

"Engkau ingat tak banglo yang aku beli  kat Bangsar tu?" jawab si peguam tu. "Banglo tu terbakar, jadi sekarang aku bercuti di sini lepas dapat duit insuran dekat 4 juta ringgit! Engkau pulak buat apa kat sini, Leman?"

Jawab Leman "Engkau ingat tak rumah yang aku beli kat Segambut, tahun lepas? Rumah tu kena banjir lah. Sampai ke bumbung. Jadi sekarang aku bercuti kat sini lepas dapat duit insuran dekat 2 juta ringgit!.."

Si peguam yang bernama Mat tu terkejut. "Eh Leman... Macam mana engkau mulakan banjir tu?"


TUHAN


Seorang lelaki duduk di depan garaj keretanya apabila hujan mula menitis. Semakin lama, semakin lebat. Air mula melimpah keluar dari longkang besar di depan rumahnya lalu berlaku la banjir kilat. Air terus naik sampai ke garaj tempat lelaki tu berada. Sejam kemudian, sebuah bot penyelamat datang. Pasukan penyelamat tu bertanya, "Encik nak bantuan, tak?"

"Tak perlu! Tuhan akan melindungi saya." jawab lelaki itu sambil berdiri di dalam air yang sudah paras lututnya. Hujan terus lebat. 2 jam kemudian, ketika lelaki itu sedang berdiri di atas beranda, datang lagi sebuah bot penyelamat. "Encik nak bantuan tak?" tanya anggota pasukan penyelamat itu. "Tak perlu. Tuhan akan melindungi saya!" jawab lelaki itu sambil tersenyum. Hujan terus turun mencurah2. 3 jam berlalu, ketika lelaki itu berdiri di atas bumbung rumahnya, sebuah helikopter sampai dengan sepasukan anggota penyelamat. "Mari kami selamatkan encik! Banjir makin teruk, nanti encik lemas!" jerit pasukan penyelamat dari dalam helikopter.

Lelaki itu tetap menolak. "Tak apa. Tuhan akan lindungi saya!" 4 jam kemudia, air naik lagi dengan diiringi ribut dan petir. Akhirnya rumah lelaki itu runtuh dan dia dihanyutkan oleh banjir. Lelaki itu terkapai2 dan ketika dia hampir mati, dia sempat memarahi Tuhan. Dalam hatinya lelaki itu menyumpah "Tuhan! Aku sayangi Engkau, tapi Engkau tidak selamatkan aku?!!!"

Tiba2, lelaki itu terdengar 1 suara, "Bukankah tadi Tuhanmu sudah menghantar 2 buah bot dan sebuah helikopter untuk menyelamatkan kau?"





Hehe akhirnya abis gak lawak tuk edisi Julai 2008.. Esok ak update lagi k.. Letih dah tangan ak tekan keyboard nie.. XD Kk.. Stay tuned for more Lawaks XD


Assalamualaikum n chow~~



Dikemaskini~ Episod 1 Lawak Mastika Julai 2008 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...