Wednesday 7 September 2011

Lawak Mastika Julai 2008

Assalamualaikum dan selamat petang guys..


Post pertama tuk Lawak adalah Julai 2008.. Yes.. Ak taw nape tetiba lompat ke 2008.. Nak tau nape? Sebab ak men tarik je mana2 buku Mastika kat rak buku tu.. Hehe tak de masalah kan.. Masih gak boleh baca dan faham kan.. Kk.. Teruskan kepada lawak post nie..


"CEPAT! PULANGKAN BALIK..!!!"


Anda masih ingat pada kejadian amuk yang berlaku di Johor, tidak lama dahulu? Ya, ada beberapa kes dan semuanya menyebabkan kematian. Ramai yang cedera parah dan ramai yang kehilangan insan tersayang.








Menurut saksi, kejadian itu dipercayai berpunca daripada tekanan emosi. Ada yang menyatakan, akibat gila. Puncanya, orang yang mengamuk itu diejek, dipersendakan, barangnya diambil, dibuang dan bila diminta semula, lelaki itu ditertawakan.Tekanan jiwa itu menyebabkan orang itu mengamuk dan membunuh. Senjata yang digunakan ialah sebilah parang panjang. Kejadian amuk itu hanya berakhir selepas lelaki tua itu mati ditembak oleh polis.


Apa yang menyedihkan, kejadian amuk itu berlaku di masjid selepas orang ramai menunaikan solat Jumaat!


Dimana kes ini berlaku? Akan kami beritahu kemudian kerana kes ini amat menakutkan. Tetapi untuk  pengetahuan anda, tidak lama selepas kejadian tersebut, isteri dan anak tunggal lelaki yang mengamuk itu telah berpindah ke sebuah kampung berdekatan. 


Lima tahun berlalu, si isteri pula meninggal dunia. Tinggallah anak tunggal pasangan tersebut, lelaki berusia 25 tahun. Si anak yatim piatu ini akhirnya menjadi gila juga akibat tekanan jiwa. Nama anak ini, Bidin.Bidin juga menerima nasib yang samaseperti arwah bapanya. Dia selalu diejek dan barang2nya diambil. Sakit jiwanya semakin teruk, hinggakan suatu peristiwa yang menakutkan berlaku pada Hari Raya Aidilfitri.


Suatu keistimewaan Bidin ini adalah, walaupun gila, tetapi dia amat menjaga solatnya. Solat 5 waktu dan solat Jumaat tidak pernah ditinggalkan.


Hari itu, setelah selesai solat sunat Aidilfitri, Bidin pun keluar dari masjid untuk balik ke rumahnya dan pergi beraya seorang diri. Tetapi puas dicari selipar buruk kesayanganya, tidak dijumpa juga. Geramlah Bidin kerana itulah satu2nya selipar yang dia ada.Tambah menyakitkan hati Bidin, ketika dia meninjau2 mencari selipar, orang ramai menjeling dan tersengih2 memandangnya. kemudian mereka berbisik dan ketawa terbahak2.







Bidin mula menyinga. Dengan tergesa2, Bidin masuk semula ke dalam masjid dan menuju ke arah perbesar suara. Dia pun terus membuat pengumuman dengan suara yang keras.

"KEPADA SESIAPA YANG CURI KASUT AK, TOLONG PULANGKAN BALIK! CEPAT! AK TAK MAIN2! KALAU TAK PULANGKAN JUGAK, AK AKAN BUAT MACAM ARWAH BAPAK AK BUAT DULU!!!"

Maka takutlah orang kampung mendengar kata2 Bidin itu. Maklumlah, orang gila kalau dah mengamuk memang dahsyat. Mereka akan gunakan apa saja yang dapat dicapai, terutamanya parang panjang. Mereka akan menetak, memancung dan melibas sesiapa saja yang ada di depan mata.

"CEPAAAATTTTT!!! PULANGKAN SELIPAR AK!!! KALAU TAK PULANGKAN, AK AKAN BUAT MACAM YANG BAPAK AK BUAT DULU!!!"

Bidin menjerit lagi menggunakan mikrofon, dengan suara yang amat menakutkan! 

Tiba2, datanglah seorang budak dengan wajah yang pucat lesi sambil menjinjing selipar buruk Bidin. Dengan terketar2 budak tu berkata,

"Alaaaa abang nie... Saya nak bergurau pun tak boleh..."

 Bidn membulatkan matanya. Dia mengangkat tangan, tetapi belum sempat berbuat sesuatu, budak lelaki itu terlebih dahulu melempar seliparnya dan kemudiannya lari lintang pukang meninggalkan masjid. 

Orang kampung yang masih berada dalam masjid tersebut mula mengeletar. Mereka sudah membayangkan darah. Pak imam yang dari tadi memerhati kelakuan Bidin, perlahan2 mendekatinya. Dengan rasa takut yang amat sangat, pak imam bertanya kepada Bidin...

"Errr... Boleh saya tau... Apa yang arwah bapak awak buat bila dia tak dapat semula selipar dia?..."




Jawab Bidin.. "Dia balik kaki ayamlah..." Lalu Bidin pun keluar dari masjid dan menyarung selipar buruknya.


XD
PS~ Citer nie rekaan semata2. Tak de kena mengena ngan yang masih hidup atau meninggal dunia.. 




PSS~ Panjang gak citer nie rupanya.. Tak pe2.. Desperate measure must be taken.. Ak akan wat post 1 lagi tuk edisi nie k.. Jangan risau.. Ak akan siapkan gak post tuk edisi Julai 2008.. Stay tuned k.. :D


Assalamualaikum n chow~~ 



Dikemaskini~ Episod 2 Lawak Mastika Julai 2008 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...